2.1 Laporan Razak (1956)
Ditubuhkan oleh Menteri Pelajaran
ketika itu iaitu Tun Abdul Razak Hussein dan mengesyorkan beberapa perubahan
dalam sistem pendidikan. Pada awalnya dikenali sebagai Penyata Razak (1956) dan
cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan
Pelajaran 1957. Laporan Razak 1956 ini mencadangkan semua sekolah kerajaan
menggunakan kurikulum pendidikan matematik yang rasmi iaitu sukatan yang sama. Hanya
sedikit perubahan tajuk pada kurikulum yang rasmi itu dan perubahan besar hanya
berlaku selepas pelaksanaan Projek Khas 1970.
2.2 Laporan Projek Khas (1970)
Diterajui oleh Encik Abu Hassan Ali pada
1968 yang dikenali sebagai Projek Khas Kementerian Palajaran Malaysia. Fokus
utama projek ini ialah terhadap penambahbaikan mutu pendidikan matematik dan
sains supaya selaras dengan perkembangan matematik moden. Projek ini
memperkenalkan kaedah berpusatkan guru dan menggalakkan pengajaran dan
pembelajaran menggunakan kaedah inkuiri-penemuan. Kajian rintis bagi projek ini
melibatkan 30 buah sekolah di sekitar Kuala Lumpur pada 1970. Program ini
kemudian diubahsuai dan diperkenalkan ke semua sekolah rendah dari masa ke
semasa sebelum digantikan dengan Matematik KBSR.
2.3 Program Matematik Moden (1970)
Diperkenalkan ke sekolah rendah dan
menengah pada awal tahun 70an. Program
ini bertujuan memperkenalkan tajuk-tajuk moden di ketika itu seperti teori set,
statistik dan vektor yang dipermudahkan. Pendekatan tradisi digantikan dengan
kaedah semasa. Sukatan kurikulum ini telah dirancang selepas kajian dilakukan
terhadap kurikulum British School
Mathematics Project dan Scottish
Mathematics Group. Pada 1972, topik-topik yang terkandung British School Mathematics Project telah
diguna pakai bagi pendidikan Matematik di Tingkatan 4 dan 5. Topik-topik yang
ada dalam British School Mathematics
Project juga didapati sesuai bagi tujuan peperiksaan Sukatan Matematik
Pilihan C. Sukatan Matematik Moden mengandungi satu pertiga topik-topik baru
seperti sistem pernomboran, matriks, pemetaan, transformasi geometri dan
statistik. Strategi pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid dan
bahan manipulasi terus digalakkan.
2.4 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) (1983)
Dilaksanakan berdasarkan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu sebahagian daripada pelaksanaan Dasar Pendidikan
Kebangsaan (1979). Kurikulum matematik
telah mengalami perubahan yang besar daripada Kurikulum Matematik Moden. Kandungan
matematik dikurangkan supaya menjadi
lebih sesuai dengan kebolehan murid dan bertujuan untuk menyediakan peluang
yang sama bagi semua murid untuk memperoleh pengetahuan, sikap, kemahiran,
peraturan serta amalan sosial masyarakat yang baik. Tujuan matematik KBSR ini
ialah untuk mengembangkan kemahiran mengira di kalangan murid dan perlu menguasai
kemahiran-kemahiran asas matematik.
2.5 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1994)
Pada 1994, Kurikulum Baru Sekolah
Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah. Pada 1998, Kurikulum Matematik Sekolah Menengah juga mengalami
perubahan daripada Kurikulum Baru Sekolah Menengah (1989) kepada Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah. Perubahan yang dibuat adalah selaras dengan
kehendak dan cita-cita murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1994. Pelajar dapat menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian dengan
berkesan. Pelajar seharusnya boleh menguruskan aktiviti harian mereka dengan
lebih sistematik berasaskan pengetahuan matematik yang diperolehi. Ini dapat membantu mereka untuk terus maju dan
melanjutkan pelajaran di masa akan datang dan menyumbang kepada pembentukan
modal insan yang diperlukan untuk membangunkan masyarakat dan negara.
2.6 Sukatan Matematik Sekolah Rendah (1998)
Sukatan matematik disemak semula berikutan
pelancaran Sekolah Bestari (1995) dan memenuhi keperluan Teknologi Maklumat
(IT) seperti yang terdapat dalam cabaran wawasan 2020. Semakan ini untuk memastikan pelajar menguasai
kemahiran asas matematik dan dapat menggunakannya dalam situasi harian sepenuhnya.
Kemahiran belajar diagihkan kepada
sembilan tajuk utama dan bagi setiap tajuk, kemahirannya disusun dari mudah
kepada susah secara hiraki. Tajuk- tajuk
utama itu ialah nombor bulat dan operasi asas, pecahan dan operasi asas,
ukuran panjang dan berat, ruang, purata, peratus, perpuluhan dan operasi asas,
wang dan graf.
2.7 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 2011
Pada 2011, transformasi pendidikan
menyebabkan Kurikulum Berasaskan Sekolah Rendah (KBSR) telah digantikan. Tujuan
KSSR diperkenalkan adalah bagi memastikan murid-murid di sekolah rendah dapat
dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan seiring perubahan
serta keperluan semasa. KSSR juga diharap dapat meningkatkan penguasaan murid
di sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan
pengajaran dan pembelajaran juga akan menjadi lebih menarik, efektif dan
interaktif di mana ia melibatkan penggunaan kedua-dua bahasa tersebut serta
meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik
dan Sains sejajar matlamat kerajaan.
Pendidikan
matematik di Malaysia juga telah dipengaruhi oleh beberapa projek luar negara.
Di antara projek- projek luar yang mempengaruhi kurikulum matematik Malaysia
ialah:
i) Scottish Mathematics Group (SMG)
Terdiri daripada kumpulan ahli
matematik Scotland yang menulis sembilan buku teks yang berjudul Modern for
Schools. Buku ini memperkenalkan tajuk baru
seperti Sets, Number
Systems, Number Bases,
Modular Mathematics,
Transformation, Inequalities, Linear
Programming dan Matrices.
Menjadi dokumen rujukan
utama dalam Projek
Matematik Moden 1970 untuk
Sekolah Rendah Malaysia. Projek matematik ini bersesuaian dengan
perkembangan kurikulum matematik di Malaysia
dan silibus digunakan
boleh membantu membangunkan kepentingan kurikulum di Malaysia.
ii) School Mathematics Project
(SMP)
Dipengerusikan oleh Bryan Thwaites dari
University of Southampton, 1961. SMP
bertujuan untuk menyediakan sukatan matematik yang lebih progresif di Great
Britian dan digunakan secara meluaskan oleh sekolah menengah di Great Britain. Pendekatan yang
lebih bersepadu dalam
pengajaran dan pembelajaran contohnya teori set diajar
sekali dengan tajuk algebra dan geometri. Namun, sukatan tidak sesuai untuk
pelajar lemah dalam matematik kerana kandungan terlalu akademik dan abstrak. Menjadi
sumber rujukan utama buku teks Matematik Moden di Malaysia. Sukatan
pembelajaran luar negara memberikan impak kepada pembelajaran di Malaysia. Pembangunan
kokurikulum boleh mengikut
kurikulum di Malaysia
namun demikian hendaklah berdasarkan kemampuan pelajar di Malaysia.
iii) School Mathematics Study
Group (SMSG)
Diterajui oleh
Edward G.Begle pada
tahun 1958 di
Soviet Union. Tujuannya ialah
untuk meningkatkan mutu sukatan matematik di sekolah rendah setanding dengan
Russia. SMG berusaha membawa perubahan dalam pendidikan matematik yang dikenali
sebagai New Mathematic,
geometri, teori set,
nombor negatif, asas nombor dan trigonometri. New Mathematics menitikberatkan penjelasan
matematik dalam konsep abstrak seperti teori set dan asas nombor. Malaysia menggunakan projek ini untuk membekalkan
idea-idea yang berguna kepada para pendidik di Malaysia dengan penjelasan
matematik yang betul. Matematik dapat dijelaskan dan difahami oleh pelajar
dengan adanya idea-idea tersebut.
iv) National Council of Teachers
of Mathematics (NCTM)
Bermula pada tahun 1920 dan bertujuan untuk memberikan
pelajar pendidikan matematik yang berkualiti tinggi. NCTM bekerjasama dengan
National Council for Accreditation of Teacher Education (NCATE) untuk menilai
program latihan guru. Pada 1976 ,NCTM menubuhkan Mathematics Education Trust
(MET) yang menyediakan dana bagi guru meningkatkan pengajaran dan pembelajaran
matematik. Setiap usaha yang dijalankan untuk meningkatkan mutu pendidikan
matematik di Malaysia haruslah berdasarkan kepada usaha semua pihak terutamanya
guru-guru di Malaysia
No comments:
Post a Comment