Berdasarkan kronologi asal usul dan perkembangan pendidikan
matematik di Malaysia, kandungan isi pelajaran matematik telah beberapa kali
mengalami perubahan. Perubahan yang jelas dapat dilihat ialah dari segi isi
kandungan sukatan pelajaran sejak dari tahun 70-an hinggalah ke zaman sekarang.
Perubahan ini berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya falsafah pendidikan
pada masa itu, perkembangan teori pembelajaran, visi dan misi sistem pendidikan
negara, globalisasi yang memberi kesan pada struktur sosial dan budaya setempat
serta isu-isu semasa yang perlu diambil kira seperti politik, ekonomi dan pasaran
semasa.
Sehingga
kini, kurikulum matematik membekalkan pendidikan matematik yang umum,
menyeronokkan dan mencabar bagi semua pelajar. Kurikulum pendidikan matematik
memberi fokus kepada keseimbangan antara kefahaman terhadap konsep dengan
penguasaan kemahiran, kemahiran terhadap konsep dengan penguasaan kemahiran,
penggunaan matematik dalam situasi sebenar, penggunaan matematik dalam situasi
sebenar, kemahiran menyelesaikan masalah dan cara pemikiran logik dan kritis.
No comments:
Post a Comment