Sunday, December 27, 2015

RUJUKAN

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. (2010). Pusat Perkembangan Kurikulum : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Huraian sukatan pelajaran Matematik tingkatan 1. (2010). Pusat Perkembangan Kurikulum : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Huraian sukatan pelajaran Matematik tingkatan 2. (2002). Pusat Perkembangan Kurikulum : Kementerian Pendidikan Malaysia

Huraian sukatan pelajaran Matematik tingkatan 3. (2003). Pusat Perkembangan Kurikulum : Kementerian Pendidikan Malaysia

Huraian sukatan pelajaran Matematik Tambahan  tingkatan 4. (2006). Pusat Perkembangan Kurikulum : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Huraian sukatan pelajaran Matematik Tambahan  tingkatan 5. (2006). Pusat Perkembangan Kurikulum : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kurikulum Matematik. Diperoleh pada September 30, 2015 daripada https://kurikulummatematik.wordpress.com/  

Matematik. Diperoleh pada  September 30, 2015 daripada https://ms.wikipedia.org/wiki/Matematik. 

Panduan Perkembagan Pelajaran Murid (PPPM) Matematik tingkatan 1. (2014). Pusat Perkembangan Kurikulum : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Panduan Perkembagan Pelajaran Murid (PPPM) Matematik tingkatan 2. (2014). Pusat Perkembangan Kurikulum : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Panduan Perkembagan Pelajaran Murid (PPPM) Matematik tingkatan 3. (2014). Pusat Perkembangan Kurikulum : Kementerian Pendidikan Malaysia.
                 
Pengaruh luar negara terhadap pendidikan matematik di malaysia. Diperoleh  pada Oktober 1, 2015 daripada http://documents.tips/documents/pengaruh-luar-negara-terhadap-pendidikan-matematik-di-malaysia.html.


RUMUSAN

Berdasarkan kronologi asal usul dan perkembangan pendidikan matematik di Malaysia, kandungan isi pelajaran matematik telah beberapa kali mengalami perubahan. Perubahan yang jelas dapat dilihat ialah dari segi isi kandungan sukatan pelajaran sejak dari tahun 70-an hinggalah ke zaman sekarang. Perubahan ini berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya falsafah pendidikan pada masa itu, perkembangan teori pembelajaran, visi dan misi sistem pendidikan negara, globalisasi yang memberi kesan pada struktur sosial dan budaya setempat serta isu-isu semasa yang perlu diambil kira seperti politik, ekonomi dan pasaran semasa.


Sehingga kini, kurikulum matematik membekalkan pendidikan matematik yang umum, menyeronokkan dan mencabar bagi semua pelajar. Kurikulum pendidikan matematik memberi fokus kepada keseimbangan antara kefahaman terhadap konsep dengan penguasaan kemahiran, kemahiran terhadap konsep dengan penguasaan kemahiran, penggunaan matematik dalam situasi sebenar, penggunaan matematik dalam situasi sebenar, kemahiran menyelesaikan masalah dan cara pemikiran logik dan kritis. 

STRUKTUR PENDIDIKAN MATEMATIK DI MALAYSIA

Struktur pendidikan matematik di Malaysia mempunyai beberapa peringkat bagi melahirkan insan yang memenuhi kriteria murid yang mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih tinggi. Proses pembelajaran bermula dari peringkat awal kanak-kanak atau dikenali sebagai pra sekolah bagi murid berumur 6 tahun. Seterusnya, setiap murid di Malaysia berpeluang melalui sekurang-kurangnya enam tahun pendidikan asas bermula di sekolah rendah. Ini merangkumi tiga tahun pendidikan di Tahap I iaitu darjah 1 sehingga darjah 3 dan tiga tahun pendidikan di Tahap II iaitu darjah 4 sehingga darjah 6. Setelah itu, murid boleh mengikuti pendidikan di peringkat pengajian yang lebih tinggi iaitu di peringkat menengah yang merangkumi sekurang-kurangnya 5 tahun pembelajaran iaitu dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Seterusnya, murid berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Matrikulasi dan Universiti.

 Kurikulum Matematik Sekolah Rendah Tahap I bertujuan membina kefahaman terhadap bidang matematik, kemahiran matematik dan aplikasi asas dalam kehidupan seharian. Manakala Kurikulum Matematik Sekolah Rendah Tahap II pula bertujuan untuk membina kefahaman terhadap bidang matematik, kemahiran matematik dan aplikasi yang lebih kompleks dalam kalangan murid supaya dapat digunakan dalam menangani cabaran dalam kehidupan seharian secara berkesan dan sistematik.

Kerangka kurikulum matematik menunjukkan program matematik yang diguna pakai di peringkat sekolah rendah pada masa kini. Proses pembelajaran matematik dirancang bermatlamatkan pembentukan murid yang berfikrah matematik. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) fikrah membawa pengertian yang sama dengan daya berfikir dan pemikiran. Manakala dalam konteks pendidikan matematik, fikrah matematik merujuk kepada kualiti murid yang dihasratkan untuk dilahirkan melalui sistem pendidikan matematik kebangsaan. Murid yang berfikrah matematik ini merupakan murid yang berkeupayaan melakukan matematik dan memahami idea matematik, serta mengaplikasikan secara bertanggungjawab pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian berlandaskan sikap dan nilai matematik.

Kandungan kurikulum standard matematik sekolah rendah dirangkumkan mengikut empat bidang pembelajaran iaitu nombor dan operasi, sukatan dan geometri, perkaitan dan algebra serta statistik dan kebarangkalian. Tajuk yang terkandung di bawah nombor dan operasi merangkumi nombor bulat, penambahan, penolakan, pendaraban, pembahagian, operasi bergabung, pecahan, perpuluhan, peratus dan wang. Di bawah bidang sukatan dan geometri pula terdapat tajuk masa dan waktu, ukuran panjang, jisim, isipadu cecair dan ruang. Perkaitan dan algebra pula mengandungi tajuk koordinat serta nisbah dan kadaran. Bidang pembelajaran yang terakhir adalah statistik dan kebarangkalian yang merangkumi tajuk perwakilan data dan purata.

Kemahiran dalam matematik yang harus dikembangkan dan dipupuk dalam kalangan murid meliputi numerasi, mengukur dan membina, mengendali dan mentafsir data, manipulasi aritmetik, manipulasi algebra, mengguna algoritma dan menggunakan alat matematik serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Murid perlu menguasai pelbagai kemahiran termasuk kemahiran matematik, kemahiran menganalisis, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran membuat penyelidikan, kemahiran komunikasi serta kemahiran menggunakan teknologi.

Bermula pada tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kemahiran berfikir aras tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT adalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi iaitu menggunakan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara. Menganalisis pula mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait antara bahagian berkenaan. Kemahiran menilai ialah membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan nilai serta memberi justifikasi manakala kemahiran mencipta adalah dengan menghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif dan inovatif.

            Proses pembelajaran matematik di sekolah menengah pula bermula dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Kandungan kurikulum Matematik sekolah menengah diatur mengikut tiga bidang utama, iaitu nombor, bentuk dan ruang, dan perkaitan bermula dari tingkatan satu sehingga tingkatan lima. Bagi kandungan kurikulum matematik tambahan pula diatur mengikut lima bidang teras yang utama iaitu algebra, kalkulus, geometri, statistik dan trigonometri. Manakala bidang elektif pula terbahagi kepada dua iaitu sains sosial dan sains dan teknologi. Murid tingkatan empat dan tingkatan lima boleh memilih salah satu daripada bidang elektif manakala bidang teras adalah wajib dipelajari. Konsep matematik berkaitan bidang masing-masing selanjutnya diatur mengikut topik dan topik-topik ini diatur mengikut hierarki supaya konsep yang lebih asas dan ketara diperkenalkan dahulu diikuti dengan konsep yang lebih kompleks dan abstrak.

            Tajuk-tajuk yang terkandung dalam Kurikulum Matematik tingkatan satu mengikut komponen adalah nombor (nombor bulat, pola dan urutan nombor, pecahan, perpuluhan, peratus dan integer), bentuk dan ruang (ukuran asas, sudut dan garis, polygon, perimeter dan luas, pepejal geometri) dan perkaitan (ungkapan algebra). Manakala bagi tingkatan dua pula merangkumi komponen nombor (nombor berarah, kuasa dua, punca kuasa dua, kuasa tiga dan punca kuasa tiga), bentuk dan ruang (teorem Pythagoras, pembinaan geometri, lokus dalam dua dimensi, bulatan, penjelmaan, pepejal geometri II) dan perkaitan (ungkapan algebra II, persamaan liner, nisbah, kadar dan kadaran, koordinat dan statistik). Seterusnya murid akan mempelajari tajuk yang lebih kompleks semasa berada di tingkatan tiga. Di bawah komponen bentuk dan ruang (sudut dan garis, poligon II, pepejal geometri, bulatan II, lukisan berskala, penjelmaan II, trigonometri) dan perkaitan (ungkapan algebra III, rumus algebra, persamaan linear II, indeks, nisbah, kadar dan kadaran II, statistik II dan graf fungsi).

            Tajuk-tajuk yang terkandung dalam Kurikulum Matematik Tambahan mengikut bidang pakej teras bagi tingkatan empat adalah algebra (fungsi, persamaan kuadratik, fungsi kuadratik, persamaan serentak, indeks dan logaritma), geometri (geometri koordinat), statistik (statistik), trigonometri (sukatan membulat) dan kalkulus (pembezaan). Manakala tajuk bagi pakej elektif untuk murid sains dan teknologi adalah penyelesaian segi tiga dan nombor index bagi sains sosial. Murid tingkatan lima pula mempelajari bidang teras yang merangkumi algebra (janjang dan hukum linear), kalkulus (pengameran), geometri (vector), trigonometri (fungsi trigonometri) dan statistik (pilih atur dan gabungan, kebarangkalian dan taburan kebarangkalian). Tajuk bidang elektif bagi sains dan teknologi adalah gerakan pada garis lurus manakala bagi sains sosial pula mereka mempelajari tajuk linear programming.

Bidang Pembelajaran menggariskan skop pengetahuan, kebolehan dan sikap matematik yang akan dibentuk dan dikembangkan dalam diri pelajar semasa mempelajari subjek tersebut. Semuanya dikembangkan mengikut objektif pembelajaran yang sesuai, cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, hasil pembelajaran dan catatan. Objektif Pembelajaran mentakrifkan dengan jelas tentang subtopik yang patut diajar. Objektif pembelajaran merangkumi semua aspek program kurikulum Matematik dan dikemukakan dalam urutan perkembangan yang direka untuk menyokong kefahaman murid mengenai konsep dan kemahiran matematik. Cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pula menyenaraikan beberapa contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran termasuk kaedah, teknik, strategi dan sumber berkaitan konsep dan kemahiran tertentu. Perlu diingatkan terdapat banyak lagi pendekatan yang boleh digunakan di bilik darjah.

Guru digalakkan untuk mencari contoh-contoh lain, menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling sesuai untuk murid mereka dan menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sewajarnya. Guru juga harus membuat rujuk silang dengan sumber lain seperti buku teks dan Internet.  Hasil pembelajaran mentakrif secara spesifik berkaitan perkara yang murid patut boleh buat. Hasil pembelajaran juga menetapkan pengetahuan, kemahiran atau proses matematik dan nilai yang patut dipupuk dan dikembangkan pada aras yang sesuai. Objektif tingkah laku ini boleh diukur dalam semua aspek. Dalam lajur catatan, perhatian ditarik kepada aspek konsep dan kemahiran matematik yang perlu diberi perhatian. Penekanan ini perlu diambil kira bagi memastikan konsep dan kemahiran berkenaan diajar dan dipelajari secara berkesan seperti yang diharapkan.

Proses pembelajaran diteruskan di peringkat STPM, Matrikulasi dan Universiti bagi membolehkan murid meneruskan proses meningkatkan ilmu matematik agar dapat digunakan bagi menyelesaikan masalah yang merangkumi isu global. Stuktur pendidikan Matematik di Malaysia telah dirangka dengan sistematik bermula dari peringkat asas pendidikan kepada peringkat yang lebih menjurus kepada penyelesaian masalah yang lebih kompleks.


TUJUAN PENDIDIKAN MATEMATIK DI MALAYSIA

Pendidikan Matematik di peringkat prasekolah membekalkan pengetahuan dan pengalaman awal Matematik kepada murid. Pengalaman ini termasuk konsep pranombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang konsep waktu, bentuk dan ruang. Konsep matematik ini dipelajari pada masa yang khas dan juga disepadukan ke dalam semua aktiviti pembelajaran bertema menggunakan kaedah yang menyeronokkan. KPSK Matematik mahu murid dapat menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan masalah.

Di peringkat sekolah rendah, KBSR Matematik bertujuan untuk membina pemahaman murid terhadap konsep nombor dan kemahiran asas dalam operasi dan diaplikasikan dalam kehidupan harian mereka dengan berkesan dan penuh tanggungjawab selaras dengan aspirasi menjadi sebuah masyarakat dan negara maju, dan pada masa sama kemahiran ini membolehkan murid melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Kemudian,  KSSR Matematik  diperkenalkan untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea Matematik yang mudah dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggung jawab dalam kehidupan seharian.

Diperingkat lebih tinggi, kurikulum Matematik sekolah menengah bertujuan untuk membentuk individu yang berpemikiran Matematik dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan Matematik dengan berkesan dan bertanggung jawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, supaya berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian bersesuaian dengan perkembangan sains dan teknologi.

Pendidikan Matematik di peringkat sekolah rendah menekankan kepada membina pemahaman terhadap konsep-konsep dan kemahiran asas dalam pengiraan untuk diterjemahkan dalam penerokaan Matematik dalam alam sekeliling mereka seterusnya mengintegrasikan kemahiran Matematik untuk membina idea baru atau menyelesaikan masalah. Pendidikan Matematik di peringkat sekolah menengah mahu melahirkan murid yang mengasimilasikan pengetahuan, pemahaman dan kemahiran Matematik dalam pemikiran dan rutin harian mereka.

Di semua peringkat pendidikan, pemahaman Matematik yang dibentuk bukan semata-mata untuk digunakan di dalam kelas sahaja sebagai menyelesaikan latih tubi yang diberi oleh guru, malah diaplikasikan dalam pelbagai situasi harian. Tugasan kreatif di dalam mahu pun luar bilik darjah yang mengaitkan suatu hasil pembelajaran dengan penggunaan hasil pembelajaran tersebut dalam rutin harian mampu memberikan pengalaman menyeronokkan ke arah menerapkan penghayatan terhadap suatu konsep yang diketengahkan. Penghayatan yang seiring dengan penguasaan pengetahuan dan kemahiran akan membentuk individu yang mampu membuat keputusan dan menangani cabaran hidup seharian selaras dengan hasrat negara untuk melahirkan masyarakat yang berketrampilan.

Matematik ini merupakan  tenaga penggerak kepada pelbagai perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Penguasaan Matematik itu adalah penting dalam menyediakan tenaga kerja untuk menjadikan negara sebagai sebuah negara maju. Sekolah merupakan pentas yang mencorak, melatih dan memperkembangkan potensi generasi muda melalui kurikulum yang dibentuk. Pelaksanaan kurikulum mengikut garis panduannya akan mencapai kepada tujuan dan matlamat kurikulum itu.

3.1       OBJEKTIF KBSR, KSSR, KBSM

3.1.1 OBJEKTIF KBSR

Kurikulum Matematik sekolah rendah membolehkan murid-murid untuk:
  • Mengetahui dan memahami konsep, prosedur dan prinsip berkaitan: Nombor, Operasi, Bentuk, Ukuran, perwakilan data;
  • Menguasai operasi asas matematik: Penambahan, Penolakan, Pendaraban, Pembahagian;
  •  Menguasai kemahiran operasi bergabung;
  •  Menguasai kemahiran asas matematik iaitu: membuat anggaran dan penghampiran, pengukuran, pengumpulan data, mewakili maklumat dalam bentuk graf dan carta;
  •  Berkebolehan mengunakan kemahiran dan pengetahuan matematik untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian dengan berkesan dan penuh tanggungjawab;
  • Berkebolehan menggunakan bahasa matematik yang betul;
  •  Berkebolehan menggunakan teknologi yang sesuai dalam membina konsep, kemahiran dan penyelesaian masalah matematik;
  •  Berkebolehan membina pengetahuan secara sistematik, heuristik, dengan tepat dan berhati-hati;
  • Menyertai aktiviti yang berkaitan dengan matematik;
  •  Menghargai kepentingan dan keindahan matematik.

3.1.2 OBJEKTIF KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik membolehkan murid:
  • Memahami dan mengaplikasi konsep dan kemahiran matematik dalam pelbagai konteks. 
  • Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor danOperasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Statistik.
  • Mengenal pasti dan menggunakan perkaitan dalam idea matematik, di antara bidang matematik dengan bidang lain dandengan kehidupan harian.
  • Berkomunikasi menggunakan idea matematik dengan jelas serta penggunaan simbol dan istilah yang betul.
  • Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik untuk diaplikasi dan membuat penyesuaian kepada pelbagai strategibagi menyelesaikan masalah.
  • Berfikir, menaakul dan membuat penerokaan secara matematik dalam kehidupan seharian.
  •  Menggunakan pelbagai perwakilan untuk menyampaikan idea matematik dan perkaitannya.
  • Menghargai dan menghayati keindahan matematik.
  • Menggunakan pelbagai peralatan matematik secara efektif termasuk TMK untuk membina kefahaman konsep danmengaplikasi ilmu matematik.

3.1.3 OBJEKTIF KBSM

Kurikulum Matematik sekolah menengah membolehkan murid:

  • Memahami definisi, konsep, hukum, prinsip, dan teorem yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Perkaitan;
  • Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Perkaitan;
  •   Menguasai kemahiran asas matematik iaitu: membuat anggaran dan penghampiran;  mengukur dan membina; memungut dan mengendali data; mewakilkan dan mentafsir data;  mengenal perkaitan dan mewakilkannya secara matematik; menggunakan algoritma dan perkaitan; menyelesaikan masalah; dan membuat keputusan.
  • Berkomunikasi secara matematik;
  • Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan;
  • Menghubungkaitkan ilmu matematik dengan bidang ilmu yang lain;
  • Menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina konsep, menguasai kemahiran, menyelesaikan masalah dan meneroka ilmu matematik;
  • Membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab.
  • Bersikap positif terhadap matematik; dan
  • Menghargai kepentingan dan keindahan matematik.

SEJARAH PENDIDIKAN MATEMATIK

2.1       Laporan Razak (1956)

Ditubuhkan oleh Menteri Pelajaran ketika itu iaitu Tun Abdul Razak Hussein dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan. Pada awalnya dikenali sebagai Penyata Razak (1956) dan cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957. Laporan Razak 1956 ini mencadangkan semua sekolah kerajaan menggunakan kurikulum pendidikan matematik yang rasmi iaitu sukatan yang sama. Hanya sedikit perubahan tajuk pada kurikulum yang rasmi itu dan perubahan besar hanya berlaku selepas pelaksanaan Projek Khas 1970.
  

2.2       Laporan Projek Khas (1970)

Diterajui oleh Encik Abu Hassan Ali pada 1968 yang dikenali sebagai Projek Khas Kementerian Palajaran Malaysia. Fokus utama projek ini ialah terhadap penambahbaikan mutu pendidikan matematik dan sains supaya selaras dengan perkembangan matematik moden. Projek ini memperkenalkan kaedah berpusatkan guru dan menggalakkan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah inkuiri-penemuan. Kajian rintis bagi projek ini melibatkan 30 buah sekolah di sekitar Kuala Lumpur pada 1970. Program ini kemudian diubahsuai dan diperkenalkan ke semua sekolah rendah dari masa ke semasa sebelum digantikan dengan Matematik KBSR.


2.3       Program Matematik Moden (1970)

Diperkenalkan ke sekolah rendah dan menengah pada awal tahun 70an.  Program ini bertujuan memperkenalkan tajuk-tajuk moden di ketika itu seperti teori set, statistik dan vektor yang dipermudahkan. Pendekatan tradisi digantikan dengan kaedah semasa. Sukatan kurikulum ini telah dirancang selepas kajian dilakukan terhadap kurikulum British School Mathematics Project dan Scottish Mathematics Group. Pada 1972, topik-topik yang terkandung British School Mathematics Project telah diguna pakai bagi pendidikan Matematik di Tingkatan 4 dan 5. Topik-topik yang ada dalam British School Mathematics Project juga didapati sesuai bagi tujuan peperiksaan Sukatan Matematik Pilihan C. Sukatan Matematik Moden mengandungi satu pertiga topik-topik baru seperti sistem pernomboran, matriks, pemetaan, transformasi geometri dan statistik. Strategi pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid dan bahan manipulasi terus digalakkan.


2.4       Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) (1983)

Dilaksanakan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu sebahagian daripada pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1979).  Kurikulum matematik telah mengalami perubahan yang besar daripada Kurikulum Matematik Moden. Kandungan  matematik dikurangkan supaya menjadi lebih sesuai dengan kebolehan murid dan bertujuan untuk menyediakan peluang yang sama bagi semua murid untuk memperoleh pengetahuan, sikap, kemahiran, peraturan serta amalan sosial masyarakat yang baik. Tujuan matematik KBSR ini ialah untuk mengembangkan kemahiran mengira di kalangan murid dan perlu menguasai kemahiran-kemahiran asas matematik.


2.5       Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1994)

Pada 1994, Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah. Pada 1998, Kurikulum  Matematik Sekolah Menengah juga mengalami perubahan daripada Kurikulum Baru Sekolah Menengah (1989) kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Perubahan yang dibuat adalah selaras dengan kehendak dan cita-cita murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1994. Pelajar dapat menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian dengan berkesan. Pelajar seharusnya boleh menguruskan aktiviti harian mereka dengan lebih sistematik berasaskan pengetahuan matematik yang diperolehi.  Ini dapat membantu mereka untuk terus maju dan melanjutkan pelajaran di masa akan datang dan menyumbang kepada pembentukan modal insan yang diperlukan untuk membangunkan masyarakat dan negara.


2.6       Sukatan Matematik Sekolah Rendah (1998)

Sukatan matematik disemak semula berikutan pelancaran Sekolah Bestari (1995) dan memenuhi keperluan Teknologi Maklumat (IT) seperti yang terdapat dalam cabaran wawasan 2020.  Semakan ini untuk memastikan pelajar menguasai kemahiran asas matematik dan dapat menggunakannya dalam situasi harian sepenuhnya.  Kemahiran belajar diagihkan kepada sembilan tajuk utama dan bagi setiap tajuk, kemahirannya disusun dari mudah kepada susah secara hiraki. Tajuk- tajuk  utama itu ialah nombor bulat dan operasi asas, pecahan dan operasi asas, ukuran panjang dan berat, ruang, purata, peratus, perpuluhan dan operasi asas, wang dan graf.


2.7       Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 2011

Pada 2011, transformasi pendidikan menyebabkan Kurikulum Berasaskan Sekolah Rendah (KBSR) telah digantikan. Tujuan KSSR diperkenalkan adalah bagi memastikan murid-murid di sekolah rendah dapat dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan seiring perubahan serta keperluan semasa. KSSR juga diharap dapat meningkatkan penguasaan murid di sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran juga akan menjadi lebih menarik, efektif dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan kedua-dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar matlamat kerajaan.

Pendidikan matematik di Malaysia juga telah dipengaruhi oleh beberapa projek luar negara. Di antara projek- projek luar yang mempengaruhi kurikulum matematik Malaysia ialah:

i) Scottish Mathematics Group (SMG)
Terdiri daripada kumpulan ahli matematik Scotland yang menulis sembilan buku teks yang berjudul Modern for Schools. Buku ini memperkenalkan tajuk baru   seperti  Sets,   Number   Systems,   Number   Bases,   Modular   Mathematics, Transformation,   Inequalities,   Linear   Programming  dan  Matrices.  Menjadi   dokumen   rujukan   utama   dalam  Projek   Matematik   Moden 1970   untuk   Sekolah Rendah Malaysia. Projek matematik ini bersesuaian dengan perkembangan kurikulum matematik di Malaysia   dan   silibus   digunakan   boleh   membantu   membangunkan   kepentingan kurikulum di Malaysia.
  
ii) School Mathematics Project (SMP)
Dipengerusikan oleh  Bryan Thwaites  dari  University of Southampton, 1961.  SMP bertujuan untuk menyediakan sukatan matematik yang lebih progresif di Great Britian dan digunakan secara meluaskan oleh sekolah menengah di Great Britain. Pendekatan   yang   lebih   bersepadu   dalam   pengajaran   dan   pembelajaran contohnya teori set diajar sekali dengan tajuk algebra dan geometri. Namun, sukatan tidak sesuai untuk pelajar lemah dalam matematik kerana kandungan terlalu akademik dan abstrak. Menjadi sumber rujukan utama buku teks Matematik Moden di Malaysia. Sukatan pembelajaran luar negara memberikan impak kepada pembelajaran di Malaysia.   Pembangunan   kokurikulum   boleh   mengikut   kurikulum   di   Malaysia   namun demikian hendaklah berdasarkan kemampuan pelajar di Malaysia.

iii) School Mathematics Study Group (SMSG)
Diterajui   oleh   Edward   G.Begle   pada   tahun   1958   di   Soviet   Union. Tujuannya ialah untuk meningkatkan mutu sukatan matematik di sekolah rendah setanding dengan Russia. SMG berusaha membawa perubahan dalam pendidikan matematik  yang dikenali  sebagai  New   Mathematic,   geometri,   teori   set,   nombor   negatif,   asas nombor dan trigonometri.  New Mathematics menitikberatkan penjelasan matematik dalam konsep abstrak seperti teori set dan asas nombor.  Malaysia menggunakan projek ini untuk membekalkan idea-idea yang berguna kepada para pendidik di Malaysia dengan penjelasan matematik yang betul. Matematik dapat dijelaskan dan difahami oleh pelajar dengan adanya idea-idea tersebut.

iv) National Council of Teachers of Mathematics (NCTM)

Bermula  pada tahun 1920 dan bertujuan untuk memberikan pelajar pendidikan matematik yang berkualiti tinggi. NCTM bekerjasama dengan National Council for Accreditation of Teacher Education (NCATE) untuk menilai program latihan guru. Pada 1976 ,NCTM menubuhkan Mathematics Education Trust (MET) yang menyediakan dana bagi guru meningkatkan pengajaran dan pembelajaran matematik. Setiap usaha yang dijalankan untuk meningkatkan mutu pendidikan matematik di Malaysia haruslah berdasarkan kepada usaha semua pihak terutamanya guru-guru di Malaysia

PENGENALAN

Matematik atau dahulunya dikenali sebagai ilmu hisab ialah satu bidang ilmu yang mengkaji kuantiti, struktur, ruang dan perubahan. Matematik kemudiannya terus berkembang contohnya di China pada kurun ke-3 sebelum masihi, di India pada kurun pertama masihi dan di dunia Islam pada kurun ke-8 masihi sehingga kemunculan Zaman Pembaharuan iaitu apabila penciptaan matematik berinteraksi dengan penemuan saintifik yang baru dan membawa kepada peningkatan yang sangat besar dalam penemuan matematik yang kekal berterusan sehingga hari ini.        


    Di Malaysia, asal usul pendidikan matematik pada mulanya hanya mementingkan kemahiran mengira dengan mudah di sekolah rendah dan juga di sekolah menengah. Algebra, aritmetik dan  geometri diajar berasingan tanpa sebarang usaha ke arah kesepaduan. Akhirnya, beberapa jawatankuasa utama telah dibentuk untuk membincangkan dan menentukan hala tuju pendidikan matematik di Malaysia.